Permohonan rayuan bagi kemasukan ke TINGKATAN SATU (1) Sekolah Rancangan Negeri Perak (SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Taman Tasik, SMK Raja Perempuan, SMK Anderson) boleh dibuat mulai sekarang sehingga 8/1/2013. Rayuan mestilah terdiri daripada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat dan telah memohon secara atas talian melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sebelum ini.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah :
1.Warganegara Malaysia
2.Murid Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid sekolah rendah bukan dari Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dipertimbangkan.
3.Mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012 sebagai keutamaan dan minimum 4A 1B untuk layak dipertimbangkan.
4.Aktif dalam bidang kokurikulum.
Borang rayuan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan keputusan peperiksaan UPSR 2012 yang telah disahkan dan dihantar terus ke alamat di bawah :
Jabatan Pelajaran Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh.
(U.P : Unit Sekolah Menengah)
BORANG RAYUAN : KLIK DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan