Jumaat, 25 Januari 2013

PENEMPATAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NEGERI PERAK AMBILAN 2 TAHUN 2013

Semakan tawaran ke SMKA Negeri Perak ambilan kedua bagi tahun 2013 boleh rujuk di sini http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/files/files_50fcb70686d92.pdf

PERMOHONAN ASRAMA 1 MALAYSIA 2013

Unit Asrama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menerima permohonan ASRAMA 1 MALAYSIA 2013. Permohonan akan ditutup pada 31 Januari 2013. Sila rujuk  KLIK SINI  bagi keterangan selanjutnya.



Rabu, 2 Januari 2013

RAYUAN KE SEKOLAH KAWALAN 2013


Permohonan rayuan bagi kemasukan ke TINGKATAN SATU (1) Sekolah Rancangan Negeri Perak (SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Taman Tasik, SMK Raja Perempuan, SMK Anderson) boleh dibuat mulai sekarang sehingga 8/1/2013. Rayuan mestilah terdiri daripada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat dan telah memohon secara atas talian melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sebelum ini.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah :

1.Warganegara Malaysia
2.Murid Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid sekolah rendah bukan dari Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dipertimbangkan.
3.Mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012 sebagai keutamaan dan minimum 4A 1B untuk layak dipertimbangkan.
4.Aktif dalam bidang kokurikulum.

Borang rayuan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan keputusan peperiksaan UPSR 2012 yang telah disahkan dan dihantar terus ke alamat di bawah :

            Jabatan Pelajaran Perak,
            Jalan Tun Abdul Razak,
            30640 Ipoh.
            (U.P : Unit Sekolah Menengah)
  BORANG RAYUAN : KLIK DI SINI

Ahad, 16 Disember 2012

TAWARAN SBP 2013 BAGI TINGKATAN 1

Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya mendapat tawaran SBP 2013 bagi mengikuti pengajian tingkatan 1.
 Berikut merupakan pelajar-pelajar berkenaan:

Abdul Hadi bin Kamar
SM Sains Teluk Intan
36000 Teluk Intan
Perak

Mohamad Fahmi bin Rosli
SM Sains Teluk Intan
36000 Teluk Intan
Perak

Nur Fatihah Kamilah binti Ismail
SM Sultan Abdul Halim
06009 Jitra
Kedah

Kepada pelajar lain yang tidak berjaya mendapat tawaran, jangan lupa untuk membuat permohonan secara online di website Kementerian Pelajaran Malaysia 
http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakan_sbpt1_2013/




Jumaat, 27 Julai 2012

Saya Menanti Kedatangan Anda

Sebagai meraikan bulan Ramdhan ini, bilik Bimbingan & Kaunseling menjalankan sedikit perubahan untuk menceriakan suasana bilik serta menimbulkan mood "segar" ketika berpuasa. Harapan Cikgu , setiap insan yang melangkah kaki masuk ke sini merasakan ketenangan untuk melepaskan bebanan yang ada dalam fikiran agar dapat melangkah keluar dari bilik ini dengan lebih tenang..
"Selamat Datang, Saya Sentiasa Menanti Kedatangan Anda"



Se

Kursus PRS Tahap Bongsu


Bermula 19 Julai 2012, semua PRS akan mengikuti kursus yang akan dijalan pada setiap hari Khamis jam 1.00 hingga 2.00 petang yang dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Cikgu Haryani binti Hanafi. Tujuan kursus ini diadakan bagi memenuhi syarat kelayakan untuk dianugerahkan PRS Bongsu dan pada masa yang sama membolehkan PRS mempelajari tip-tip dalam membantu diri sendiri untuk berubah menjadi lebih baik selaras dengan falsafah PRS iaitu " Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain"



Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya

Alhamdulilah setelah selesai sesi temuduga dan ujian kelayakan, akhirnya 10 orang murid tahun 4 telah berjaya terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya SK Lekir untuk tahun 2012. majlis perlantikan telah dijalankan pada 23 Julai 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan dengan disaksikan oleh semua warga SK Lekir. Tahniah kepada yang telah berjaya...