Jumaat, 27 Julai 2012

Saya Menanti Kedatangan Anda

Sebagai meraikan bulan Ramdhan ini, bilik Bimbingan & Kaunseling menjalankan sedikit perubahan untuk menceriakan suasana bilik serta menimbulkan mood "segar" ketika berpuasa. Harapan Cikgu , setiap insan yang melangkah kaki masuk ke sini merasakan ketenangan untuk melepaskan bebanan yang ada dalam fikiran agar dapat melangkah keluar dari bilik ini dengan lebih tenang..
"Selamat Datang, Saya Sentiasa Menanti Kedatangan Anda"



Se

Kursus PRS Tahap Bongsu


Bermula 19 Julai 2012, semua PRS akan mengikuti kursus yang akan dijalan pada setiap hari Khamis jam 1.00 hingga 2.00 petang yang dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Cikgu Haryani binti Hanafi. Tujuan kursus ini diadakan bagi memenuhi syarat kelayakan untuk dianugerahkan PRS Bongsu dan pada masa yang sama membolehkan PRS mempelajari tip-tip dalam membantu diri sendiri untuk berubah menjadi lebih baik selaras dengan falsafah PRS iaitu " Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain"



Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya

Alhamdulilah setelah selesai sesi temuduga dan ujian kelayakan, akhirnya 10 orang murid tahun 4 telah berjaya terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya SK Lekir untuk tahun 2012. majlis perlantikan telah dijalankan pada 23 Julai 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan dengan disaksikan oleh semua warga SK Lekir. Tahniah kepada yang telah berjaya...



Selasa, 3 Julai 2012

Permohonan Pembimbing Rakan Sebaya

Permohonan untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Lekir telah pun dibuka mulai sekarang. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan borang permohonan daripada Cikgu Haryani dengan segera. Sebelum cikgu terlupa, permohonan ini hanya untuk murid tahun 4 sahaja. Info berkaitan PRS ini boleh anda lihat di sudut info 
Unit Bimbingan dan Kaunseling 
SK Lekir..... 

LOMPAT SI KATAK LOMPAT
LOMPATLAH TINGGI-TINGGI
CEPATLAH MURID TAHUN 4
CEPATLAH JUMPA CIKGU HARYANI