Pemilihan UTP sebagai lokasi lawatan adalah bersesuaian dengan objektif program yang mahu memberi peluang kepada murid untuk didedahkan dengan persekitaran budaya pelajar cemerlang. Di awal kedatangan kami, semua murid telah menunjukkan rasa teruja melihat suasana persekitaran UTP. Terima kasih kepada UTP kerana memberikan layananan yang istimewa kepada kami. Sangkaan awal kami hanya akan diberikan taklimat ringkas mengenai UTP dan dibawa mengelilinggi UTP sahaja. Namun, kredit untuk pihak pengurusan UTP kerana menyediakan kami barisan kumpulan fasilitator di kalangan pelajar UTP yang bersungguh-sungguh memberikan layanan terbaik dan tidak henti-henti memberikan kata semangat serta pendorong kepada peserta lawatan yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini, di samping menyediakan slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Maznah binti Ramli, Kaunselor UTP.
|
Bergambar di hadapan Bangunan Canselor bersama wakil pelajar UTP, Cik Siti Aisyah binti Abu Bakar |
|
Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Kaunselor UTP, Puan Maznah binti Ramli |
|
Rekabentuk rak buku yang menjadi simbolik kepada pelantar minyak PETRONAS memukau pandangan kami sebaik melangkah masuk ke Bangunan Canselor |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan