Ahad, 16 Disember 2012

TAWARAN SBP 2013 BAGI TINGKATAN 1

Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya mendapat tawaran SBP 2013 bagi mengikuti pengajian tingkatan 1.
 Berikut merupakan pelajar-pelajar berkenaan:

Abdul Hadi bin Kamar
SM Sains Teluk Intan
36000 Teluk Intan
Perak

Mohamad Fahmi bin Rosli
SM Sains Teluk Intan
36000 Teluk Intan
Perak

Nur Fatihah Kamilah binti Ismail
SM Sultan Abdul Halim
06009 Jitra
Kedah

Kepada pelajar lain yang tidak berjaya mendapat tawaran, jangan lupa untuk membuat permohonan secara online di website Kementerian Pelajaran Malaysia 
http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakan_sbpt1_2013/




Jumaat, 27 Julai 2012

Saya Menanti Kedatangan Anda

Sebagai meraikan bulan Ramdhan ini, bilik Bimbingan & Kaunseling menjalankan sedikit perubahan untuk menceriakan suasana bilik serta menimbulkan mood "segar" ketika berpuasa. Harapan Cikgu , setiap insan yang melangkah kaki masuk ke sini merasakan ketenangan untuk melepaskan bebanan yang ada dalam fikiran agar dapat melangkah keluar dari bilik ini dengan lebih tenang..
"Selamat Datang, Saya Sentiasa Menanti Kedatangan Anda"



Se

Kursus PRS Tahap Bongsu


Bermula 19 Julai 2012, semua PRS akan mengikuti kursus yang akan dijalan pada setiap hari Khamis jam 1.00 hingga 2.00 petang yang dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Cikgu Haryani binti Hanafi. Tujuan kursus ini diadakan bagi memenuhi syarat kelayakan untuk dianugerahkan PRS Bongsu dan pada masa yang sama membolehkan PRS mempelajari tip-tip dalam membantu diri sendiri untuk berubah menjadi lebih baik selaras dengan falsafah PRS iaitu " Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain"



Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya

Alhamdulilah setelah selesai sesi temuduga dan ujian kelayakan, akhirnya 10 orang murid tahun 4 telah berjaya terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya SK Lekir untuk tahun 2012. majlis perlantikan telah dijalankan pada 23 Julai 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan dengan disaksikan oleh semua warga SK Lekir. Tahniah kepada yang telah berjaya...



Selasa, 3 Julai 2012

Permohonan Pembimbing Rakan Sebaya

Permohonan untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Lekir telah pun dibuka mulai sekarang. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan borang permohonan daripada Cikgu Haryani dengan segera. Sebelum cikgu terlupa, permohonan ini hanya untuk murid tahun 4 sahaja. Info berkaitan PRS ini boleh anda lihat di sudut info 
Unit Bimbingan dan Kaunseling 
SK Lekir..... 

LOMPAT SI KATAK LOMPAT
LOMPATLAH TINGGI-TINGGI
CEPATLAH MURID TAHUN 4
CEPATLAH JUMPA CIKGU HARYANI

Jumaat, 29 Jun 2012

PERCAYA DENGAN DIRI , ANDA YANG HANYA BOLEH MENGUBAH DIRI SENDIRI

Semalam, cikgu melihat semula gambar cikgu bersama rakan-rakan ketika sekolah rendah dahulu.. Tercuit hati seketika melihat wajah ribena masing-masing.
17 tahun yang lalu.



Masing-masing sudah membina empayar kehidupan sendiri.



Kenangan yang sukar dilupakan.

Zaman ini telah lama berlalu. Dah 17 tahun rupanya, rasa macam baru semalam bersama-sama mereka. Bila diimbau balik masa tersebut dan membandingkan dengan kehidupan yang masing-masing lalui kini, tiada ungkapan yang dapat dirakamkan selain bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan. Semuanya sudah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami. Walau di mana pun kedudukan kami sekarang, Alhamdulilah kami telah melepasi ujian dan cabaran untuk membina kehidupan sendiri. Kalau dahulu, kami dijaga oleh ibu bapa, kini tugas itu beralih pula ke tangan kami. Membesarkan anak-anak dan pada masa yang sama menjaga kebajikan ibu bapa yang banyak berkorban untuk menjadikan kami seperti mana diri kami sekarang.

Setiap kali terpandang wajah murid-murid yang ada di hadapan cikgu sekarang, terbayang di fikiran cikgu bagaimana kehidupan yang bakal dilalui oleh kamu 17 tahun akan datang. Terfikir betapa besarnya bebanan yang dipikul di bahu untuk membantu kamu mencari laluan hidup yang boleh membawa menjadi seorang anak yang boleh dibanggakan oleh ibu bapa. Memang benar kebolehan dan keupayaan setiap orang tidak sama. Namun begitu, percayalah dengan satu perkara bahawa setiap orang ada keistimewaan dan kebolehan yang tersendiri. Berusahalah mencari keistimewaan ini dan bila sudah berjumpa "dengannya", terokalah apa yang kamu jumpa itu seluas-luasnya dengan cara yang positif. Jika ini yang terjadi, cikgu yakin kamu juga akan berpeluang merasai nikmat mengecapi kejayaan kamu sendiri yang boleh dibanggakan oleh semua orang. 

Mungkin sesetengah murid cikgu kerap kali mendengar perumpamaan yang cikgu bina sendiri ini, 

Kalau nak buat kek coklat, jangan guna resipi kek pisang
Kalau nak tanam pokok sawi, jangan guna benih kangkung
kalau nak diri disayangi, jangan buat perkara yang dibenci
kalau nak berjaya, jangan hampiri perkara yang merosakkan diri

PERCAYA DENGAN DIRI , ANDA YANG HANYA BOLEH MENGUBAH DIRI SENDIRI

Selasa, 10 April 2012

Sifat Pemaaf Bersih HatiTenangkan Jiwa


KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

"Bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal."

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud:“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Isnin, 2 April 2012

Motivasi Diri

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.

Tahu Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.

Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini.

Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

-azizie.com/umum/artikel-motivasi-tips-motivasi-diri-

Khamis, 29 Mac 2012

Kursus Kepimpinan SK Muhamad Saman

Pada 24 Mac 2012 (Sabtu), bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Muhamad Saman telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan yang dikendalikan oleh Kaunselor SKMS, Cik Mujahidah binti Mahya. Saya telah berpeluang untuk sama mengikuti kursus tersebut bagi melihat sendiri program yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah lain. Pengalaman ini secara tidak langsung membolehkan saya percambahan idea untuk mengatur aktiviti bagi program Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Lekir. Terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Muhamad Saman kerana sudi menerima kedatangan saya dan memberikan saya peluang untuk bersama-sama anda. :))


Khamis, 22 Mac 2012

Lawatan ke UTP, Tronoh

Pemilihan UTP sebagai lokasi lawatan adalah bersesuaian dengan objektif program yang mahu memberi peluang kepada murid untuk didedahkan dengan persekitaran budaya pelajar cemerlang. Di awal kedatangan kami, semua murid telah menunjukkan rasa teruja melihat suasana persekitaran UTP.  Terima kasih kepada UTP kerana memberikan layananan yang istimewa kepada kami. Sangkaan awal kami hanya akan diberikan taklimat ringkas mengenai UTP dan dibawa mengelilinggi UTP sahaja. Namun, kredit untuk pihak pengurusan UTP kerana menyediakan kami barisan kumpulan fasilitator di kalangan pelajar UTP yang bersungguh-sungguh memberikan layanan  terbaik dan tidak henti-henti memberikan kata semangat serta pendorong kepada peserta lawatan yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini, di samping menyediakan slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Maznah binti Ramli, Kaunselor UTP.
Bergambar di hadapan Bangunan Canselor bersama wakil pelajar UTP, Cik Siti Aisyah binti Abu Bakar
Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Kaunselor UTP, Puan Maznah binti Ramli

Rekabentuk rak buku yang menjadi simbolik kepada pelantar minyak PETRONAS memukau pandangan kami sebaik melangkah masuk ke Bangunan Canselor


Rabu, 22 Februari 2012

Kategori manusia dalam bidang pekerjaan berdasarkan personaliti

Berdasarkan teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu:
  1. realistik (realistic)
  2. penyelidikan (investigative)
  3. artistik (artistic)
  4. sosial (social)
  5. keusahawanan (enterprising)
  6. konvensional (conventional)
Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:


1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan


Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:


1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)


Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data dan lain-lain


2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi dan lain-lain


3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)

Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik dan lain-lain


4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)

Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha dan lain-lain


5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)

Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek dan lain-lain


6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek

Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding dan lain-lain


7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)

Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik dan lain-lain


8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)

pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim

Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional dan lain-lain

Selasa, 3 Januari 2012

Selamat Datang Murid Tahun 1

Bertempat di Dewan Terbuka SK Lekir telah berlangsungnya Hari Pendaftaran dan Suaikenal Tahun 1 2012. Masing-masing nampak bersemangat dan bergaya dengan pakaian uniform sekolah. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran. Selain sesi taklimat mengenai sesi persekolahan bagi tahun 1, majlis turut berlangsung dengan acara penyampaian sumbangan uniform sekolah oleh Dr. Azizah bt Johar, Penyelaras DUN Pasir Panjang.