Bermula 1 September 2011, pelajar-pelajar tahun enam boleh memohon untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh 2012. Pada tahun ini juga syarat kemasukan telah diubah kepada 4A 1B bagi pelajar luar bandar dan 3A 2B bagi pelajar dari keluarga miskin. Justeru itu, gunakan peluang yang telah diberikan ini
untuk melangkah setapak dalam memajukan diri untuk membina masa depan yang lebih cerah...":)
Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 yang akan menduduki UPSR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2012 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Ketika ini terdapat 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.
Aliran SBP
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.Pakej Mata Pelajaran
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Permohonan SBP Tingkatan 1 2012
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan.
- Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
- Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.
- Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Tarikh Tutup
- Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011.
Maklumat
- Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
- Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan