Khamis, 29 Mac 2012

Kursus Kepimpinan SK Muhamad Saman

Pada 24 Mac 2012 (Sabtu), bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Muhamad Saman telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan yang dikendalikan oleh Kaunselor SKMS, Cik Mujahidah binti Mahya. Saya telah berpeluang untuk sama mengikuti kursus tersebut bagi melihat sendiri program yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah lain. Pengalaman ini secara tidak langsung membolehkan saya percambahan idea untuk mengatur aktiviti bagi program Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Lekir. Terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Muhamad Saman kerana sudi menerima kedatangan saya dan memberikan saya peluang untuk bersama-sama anda. :))


Khamis, 22 Mac 2012

Lawatan ke UTP, Tronoh

Pemilihan UTP sebagai lokasi lawatan adalah bersesuaian dengan objektif program yang mahu memberi peluang kepada murid untuk didedahkan dengan persekitaran budaya pelajar cemerlang. Di awal kedatangan kami, semua murid telah menunjukkan rasa teruja melihat suasana persekitaran UTP.  Terima kasih kepada UTP kerana memberikan layananan yang istimewa kepada kami. Sangkaan awal kami hanya akan diberikan taklimat ringkas mengenai UTP dan dibawa mengelilinggi UTP sahaja. Namun, kredit untuk pihak pengurusan UTP kerana menyediakan kami barisan kumpulan fasilitator di kalangan pelajar UTP yang bersungguh-sungguh memberikan layanan  terbaik dan tidak henti-henti memberikan kata semangat serta pendorong kepada peserta lawatan yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini, di samping menyediakan slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Maznah binti Ramli, Kaunselor UTP.
Bergambar di hadapan Bangunan Canselor bersama wakil pelajar UTP, Cik Siti Aisyah binti Abu Bakar
Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Kaunselor UTP, Puan Maznah binti Ramli

Rekabentuk rak buku yang menjadi simbolik kepada pelantar minyak PETRONAS memukau pandangan kami sebaik melangkah masuk ke Bangunan Canselor